Kelas E – Rezeki Giatmara Kursus
27 September 2016 | Aktiviti TerkiniPada 26 September 2017- Kelas e-rezeki Giat Mara Padang Besar kursus PPU telah dijalankan pada jam 9.00 pagi hingga 12.30 petang bertempat di PI RPA Arau. Kelas ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang asas e-rezeki bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan melalui program e-rezeki. Sepanjang kelas tersebut para pelajar Giatmara didedahkan dengan pelbagai program di dalam e-rezeki.
Selain itu, para pelajar didedahkan dengan pengetahuan tentang asas ilmu penjualan secara atas talian, Klik dengan Bijak dan juga aplikasi Instagram yang mana ia digunakan untuk mempromosi produk-produk melalui aplikasi tersebut. Pendedahan yang diberikan dapat membuka minda mereka untuk mendapatkan pelanggan dengan menggunakan perniagaan atas talian yang lebih efektif dan cepat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: