Kelas Keusahawanan Giatmara Kursus Jahitan
19 September 2016 | Aktiviti TerkiniPada 18 September 2017- Kelas Keusahawanan Giat Mara Padang Besar telah dijalankan pada jam 9.00 pagi hingga 12.30 petang bertempat di PI RPA Arau. Kelas ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang asas ilmu ICT bagaimana untuk menjadi usahawan online. Sepanjang kelas tersebut para pelajar Giatmara didedahkan dengan penggunaan ICT yang terkini.
Selain itu, para pelajar didedahkan dengan pengetahuan tentang asas ilmu fotografi, pengkelasan gambar, dan juga penggunaan aplikasi Instagram yang mana ia digunakan untuk mempromosi produk-produk melalui aplikasi tersebut. Pendedahan yang diberikan dapat membuka minda mereka untuk mendapatkan pelanggan dengan menggunakan perniagaan atas talian yang lebih efektif dan cepat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: