Jejak Maklumat ICT
04 March 2016 | Aktiviti TerkiniPada 03 March bertempat di dalam Bilik Latihan PI Tambun Tulangtan, Perlis telah berlangsung Aktiviti Jejak Maklumat ICT. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendidik peserta supaya celik ICT menggunakan internet untuk mencari maklumat dan menguji pengetahuan am masing-masing. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan sendiri peralatan ICT.
Jejak maklumat ICT ini diadakan dalam bentuk pertandingan di mana pemenang dipilih berdasarkan kepantasan dan ketepatan jawapan. Soalan yang diberi adalah berkenaan info terkini dan pengetahuan am termasuk KDB. Menerusi aktiviti ini, para peserta dapat mencari maklumat di internet menggunakan enjin pencarian Google. Peserta juga dapat merangsang minda masing-masing sepanjang aktiviti tersebut. PI juga dapat menjalankan aktiviti bersama komuniti setempat serta mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan silahtulrahim PI dengan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: