Lawatan Kesihatan Taska Permata
16 December 2016 | Aktiviti TerkiniPada 15 Disember 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Tambun Tulang bersama Taska Permata telah mengadakan latihan kesihatan kepada komuniti yang hadir ke sini. Latihan in diberikan oleh Klinik Desa Tambun Tulang.Latihan yang diberikan ialah mengenai cara pengjagaan kesihatan bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat. latihan tersebut berlangsung selama 2 jam iaitu dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Kelas tersebut telah disertai seramai 18 orang peserta.
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberi latihan kepada komuniti setempat khususnya dalam penjagaan gigi kepada kanak-kanak. Dengan adanya latihan ini, ia akan menjadikan komuniti setempat lebih mengamalkan budaya yang sihat yang mana mereka mampu untuk bersaing dengan komuniti bandar. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan kunjugan komuniti ke pusat internet ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: