Pesta Angin Timur 2017
06 March 2016 | Aktiviti TerkiniPada 04 dan 05 Mac 2017 telah berlangsung Pesta Angin Timur 2017 bertempat di Kampung Padang Telela, Arau, Perlis. Pesta Angin Timur merupakan salah satu acara tahunan Kerajaan Negeri Perlis bersama – sama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perlis yang bertujuan mengangkat kembali kesenian tradisional rakyat Malaysia amnya dan rakyat Perlis khasnya melalui pelbagai aktiviti dan acara yang semakin ditelan zaman.
Sepanjang program ini berlangsung pelbagai aktiviti telah diadakan seperti E-waste, Tuju-tuju KDB, WordSearch, Teka kiub KDB, Stick Puzzle, KDB Wheel, Selfie & Tag dan lain-lain. Aktiviti seperti ini dapat membantu untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pembelajaran. Menyediakan kepelbagaian aktiviti dan pertandingan menarik semasa program ini berlangsung dapat menarik minat komuniti dari pelbagai peringkat umur, dan sedikit sebanyak dapat memberi maklumat tentang etika dan langkah keselamatan ketika melayari laman sesawang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: