Program Permata
11 November 2016 | Aktiviti TerkiniPada 10 November 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Tambun Tulang bersama Taska Permata telah mengadakan latihan kepada komuniti yang hadir ke sini. Latihan yang diberikan ialah mengenai cara penggunaan internet untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam iaitu dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Kelas tersebut telah disertai seramai 18 orang peserta.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan kepada komuniti setempat khususnya dalam menggunakan internet secara betul terutamanya dalam mencari maklumat. Antara aktiviti yang diberikan ialah kelas meewarna dan ceramah KDB kepada peserta. Dengan adanya kelas atau latihan ini, ia akan menjadikan komuniti setempat lebih celik IT yang mana mereka mampu untuk bersaing dengan komuniti bandar. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan kunjugan komuniti ke pusat internet ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: