Program Literasi ICT Bersama Giat Mara Padang Besar (Aircond)

29 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Ogos 2018, pihak pengurusan Pusat Internet Tambun Tulang dan Pusat Internet Batas Lintang Selatan telah mengadakan Program Literasi Komputer Dan Usahawan kepada pelajar GiatMara Padang Besar Kursus AIRCOND. Program yang diadakan Di Pusat Internet 1 Malaysia RPA Arau disertai oleh 15 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program pada hari keempat program dijalankan adalah mengenai penggunaan whatsapp dan Instagram dalam mempromosikan perniagaan. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan pusat internet kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali