Program Hari Anugerah Kecermelangan SMK Dato Jafar Hasan

19 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 18 April 2018, telah berlangsung Hari Kecemerlangan SMK Dato Jaafar. Program ini diadakan di Pekarangan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Jaafar. Program ini berlangsung bermula jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Pusat Internet 1 Malaysia Perlis bawah seliaan Maxis telah mengambil inisiatif ini untuk mengadakan Pameran Klik Dengan Bijak serta menyediakan beberapa permainan dan kuiz yang menarik kepada semua yang datang ke program tersebut.

Program ini juga turut disertai pelbagai agensi lain antaranya Angkatan Tentera Malaysia, Tabung Haji, Giat Mara, Perpustakaan, Jabatan Kesihatan, PDRM, AADK dan lain-lain. Sepanjang program ini berlangsung pelbagai aktiviti telah diadakan oleh PI seperti KDB Wheel, IQ Challenge, Wordsearch, Teka berat netbook, Pendaftaran e-Kelas.

Aktiviti seperti ini dapat membantu untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pembelajaran. Menyediakan kepelbagaian aktiviti dan pertandingan menarik semasa program ini berlangsung dapat menarik minat komuniti dari pelbagai peringkat umur, dan sedikit sebanyak dapat memberi maklumat tentang etika dan langkah keselamatan ketika melayari laman sesawang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali