Kelas ICT Tahun 5

04 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Jun 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Tambun Tulang telah mengadakan kelas ICT kepada pelajar tahun 5 disini. Kelas ini dianjurkan adalah bertujuan menguji pelajar dalam menggunakan pengetahuan microsoft office yang telah dipelajari selama setahun dengan Pusat Internet 1 Malaysia Tambun Tulang. Kelas ini dihadiri seramai 16 orang dan bermula dari pukul 2 petang hingga 4 petang.

Tujuan kelas diadakan bagi melatih para peserta untuk mencari pengetahuan am dengan menggunakan internet melalui portal-portal yang disediakan bagi tujuan pembelajaran subjek disekolah.Kebaikannya adalah para peserta dapat mempelajari bagaimana untuk melayari sesuatu laman web sekaligus dapat membuka minda para peserta tentang penggunaan ICT serta mengetahui kebaikan dan keburukkan dalam penggunaan internet dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali