Pengenalan PI & Taklimat KDB Di Kursus Usahawan MADA
24 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 23 Januari 2018, Pusat Internet Tambun Tulang telah terlibat dengan program Pengenalan PI &Taklimat Kdb Di Kursus Usahawan Mada yang berlangsung di PI Kg Surau. Program ini adalag kerjasama antara PI Perlis dan MADA. Peserta yang terlibat merupakan komuniti yang berniaga dan mempunyai perniagaan sendiri.
Peserta yang terlibat seramai 12 orang dan program berlangsung dari pukul 8.30 am – 12.30 pm. Tujuan program ini diadakan bagi melatih para peserta untuk mencari pengetahuan am dengan menggunakan internet melalui portal-portal yang disediakan bagi tujuan memajukan perniagaan atau keusahawanan yang lebih mantap. Kebaikannya adalah para peserta dapat mempelajari bagaimana untuk melayari sesuatu laman web sekaligus dapat membuka minda para peserta tentang penggunaan ICT sebagai medium untuk berniaga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: