Mesyuarat PIBG Bersama Ibu Bapa Permata
23 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 22 Januari 2018, telah berlangsung Mesyuarat PIBG Ibu Bapa Taska Permata yang di wakili oleh guru-guru taska. Program ini adalah untuk memberi taklimat serta memperincikan perjalanan proses anak-anak taska bersama ibu bapa Taska Permata. Antara aktiviti yang diadakan adalah Taklimat Klik Dengan Bijak(KDB) dan perbincangan berkaitan aktiviti anak-anak. Program ini adalah anjuran Taska Permata Negara dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Perlis.
Tujuan penyertaan program ini untuk memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk mengalakkan komuniti mendapat kemudahan yang PI sediakan. Disamping mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi dan dapat meningkatkan pengetahuan peserta berkenaan dengan pengunaaan internet dan sahsiah dalam menggunakan teknologi semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: