Program ICT Bersama Anak-Anak PPK
04 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 03 Februari 2018, Pusat Internet Tambun Tulang telah mengadakan program ICT bersama anak-anak Pusat Perlindungan Kanak-kanak Arau. Kelas ini dianjurkan adalah bertujuan menguji mendedahkan peserta dengan penggunaan asas ICT seperti cara Penggunaan Komputer, Microsoft Office serta pendedahan berkaitan kaedah penggunaan internet. Kelas ini dihadiri seramai 21 orang dan bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
Tujuan kelas diadakan bagi melatih para peserta untuk mencari pengetahuan am dengan menggunakan internet melalui portal-portal yang disediakan bagi tujuan pembelajaran subjek disekolah dan pendedahan penggunaan komputer asas. Kebaikannya adalah para peserta dapat mempelajari bagaimana untuk melayari sesuatu laman web sekaligus dapat membuka minda para peserta tentang penggunaan ICT serta mengetahui kebaikan dan keburukkan dalam penggunaan internet dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: