Kelas Ujian Mic. Office Tahun 5
08 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 07 Januari 2018, Pusat Internet Tambun Tulang telah mengadakan kelas ujian Mic. Office kepada pelajar tahun 5 disini. Kelas ini dianjurkan adalah bertujuan menguji pelajar dalam menggunakan pengetahuan microsoft office yang telah dipelajari selama setahun dengan Pusat Internet 1 Malaysia Tambun Tulang. Kelas ini dihadiri seramai 10 orang dan bermula dari pukul 2 petang hingga 4 petang.
Tujuan kelas diadakan bagi melatih para peserta untuk mencari pengetahuan am dengan menggunakan internet melalui portal-portal yang disediakan bagi tujuan pembelajaran subjek disekolah. Kebaikannya adalah para peserta dapat mempelajari bagaimana untuk melayari sesuatu laman web sekaligus dapat membuka minda para peserta tentang penggunaan ICT serta mengetahui kebaikan dan keburukkan dalam penggunaan internet dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: