Funbrains & KDB
13 Jun 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 12 Jun 2016 telah berlangsung aktiviti Funbrains & KDB bertempat di Pusat Internet Tambun Tulang. Aktiviti ini berjaya menarik minat seramai 10 orang peserta dari sekitar Tambun Tulang. Aktiviti ini diadakan bertujuan mendidik serta menguji minda para peserta dalam menggunakan komputer melalui permainan “Spot The Difference”. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: