Program Literasi Komputer Pusat Internet & GiatMara Arau
20 Oktober 2016 | Aktiviti TerkiniPada 18-19 Oktober 2016, telah berlangsung Program Literasi Komputer Pusat Internet dengan kerjasama PI Tambun Tulang, PI pokok Jawi dan GiatMara Arau. Program ini diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Pokok Jawi. Program ini berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Program ini memberi pendedahan tentang penggunaan laman sosial untuk memajukan perniagaan online.
Program ini diadakan mendapat penyertaan dari para pelajar GiatMara Arau dalan jurusan Automotif , Elektrik,Juruteknik Motosikal dan Teknologi baikpulih dn mengecat kenderaan. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: