Aktiviti Bersama Anak PERMATA
23 Januari 2015 | Aktiviti TerkiniPada 22 Januari 2015 bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia telah berlangsung Program "Aktiviti Bersama Anak PERMATA". Program dianjurkan dengan kerjasama Guru-guru PERMATA untuk melibatkan anak-anak PERMATA dengan aktiviti pembelajaran melalui komputer. Program ini juga merupakan lawatan secara tidak rasmi PERMATA ke Pusat Internet 1 Malaysia Tambun Tulang. Aktiviti ini telah berjaya mengumpul seramai 22 orang peserta dari anak-anak PERMATA Tambun Tulang. Para paserta diberi pendedahan awal tentang dunia komputer kepada anak-anak kecil. Aktiviti ini bukan sahaja dapat memberi tunjuk ajar tentang penggunaan aplikasi untuk anak-anak PERMATA malah dapat memberi pendedahan kepada guru-guru tentang aplikasi-aplikasi pembelajaran yang sedia ada di internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: