Basic Personal Computer
1 Febuari 2015 | Aktiviti TerkiniPada 31 Januari 2015 bertempat di Pusat Internet Tambun Tulang telah berlangsung Program "Basic Personal Computer". Program dijalankan untuk pelajar 11 tahun sehingga 15 tahun. Kelas seperti ini dijalankan untuk memberi pendedahan tentang komponen-komponen asas komputer dan tentang port yang terdapat pada komputer. Aktiviti ini telah berjaya mengumpulkan seramai 11 orang peserta yang terdiri dari anak-anak penduduk setempat. Aktiviti ini bukan sahaja dapat memberi pengetahuan tentang komputer malah dapat melibatkan mereka dengan aktiviti berfaedah di hujung minggu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: