Facebook Page Ads (Personal)
17 April 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 16 April 2016 bertempat di Pusat Internet Tambun Tulang telah berlangsung kelas persendirian Facebook Page Ads. Kelas ini dijalankan untuk memberi informasi kepada peserta tentang cara-cara membuat iklan sesuatu produk jualan dengan menggunakan Facebook Page. Ini merupakan salah satu usaha untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran. Selain itu, peserta juga dapat memperoleh pengetahuan serta tips dalam menggunakan Facebook Page ads dalam perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: