Pengurusan Jenazah
7 Februari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 6 February 2016 bertempat di Masjid Al-Firdaus Padang Besar Selatan telah berlangsung Kursus Pengurusan Jenazah. Kursus ini telah berjaya menarik minat seramai 27 orang peserta dari sekitar Perlis. Kursus pengurusan jenazah ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan menyediakan satu garis panduan tentang cara-cara pengurusan jenazah mengikut Islam kepada penduduk setempat. Selain itu, kursus ini dapat menghindarkan amalan-amalan khurafat berkaitan pengurusan jenazah. Program ini juga dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: