Program Klik Dengan Bijak : 27 Mei 2015
28 Mei 2015 | Aktiviti TerkiniPada 27 Mei 2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Raja Syed Alwi telah berlangsung "Program Klik Dengan Bijak". Kempen ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu golongan kanak-kanak, belia dan juga para ibu bapa atau penjaga. Aktiviti ini telah berjaya mengumpulkan seramai 189 orang peserta yang terdiri dari pelajar tahap dua sekolah itu sendiri.Kebaikkan Kempen "Klik Dengan Bijak" adalah kerana ia berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: