Program Klik Dengan Bijak Sekolah Kebangsaan Ujong Batu
26 Febuari 2015 | Aktiviti TerkiniPada 25 Februari 2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Ujong Batu telah dijalankan "Program Klik Dengan Bijak". Kempen ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu golongan kanak-kanak, belia dan juga para ibu bapa atau penjaga. Aktiviti ini telah berjaya mengumpulkan seramai 138 orang peserta yang terdiri dari pelajar tahap 1 dan tahap dua sekolah itu sendiri.Kebaikkan Kempen "Klik Dengan Bijak" adalah kerana ia berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: