Program Klik Dengan Bijak Sekolah Kebangsaan Utan Aji
5 Mac 2015 | Aktiviti TerkiniPada 04 Mac 2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Utan Aji telah berlangsung "Program Klik Dengan Bijak". Kempen ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu golongan kanak-kanak, belia dan juga para ibu bapa atau penjaga. Aktiviti ini telah berjaya mengumpulkan seramai 108 orang peserta yang terdiri dari pelajar tahap 1 dan tahap dua sekolah itu sendiri.Kebaikkan Kempen "Klik Dengan Bijak" adalah kerana ia berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: