Kelas Masakan Dewasa Bersama Kemas
22 Mac 2016 | Aktiviti TerkiniPada 21 March 2016 bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat (KEMAS) Simpang Empat telah berlangsung Kelas Masakan Dewasa (Nasi Ayam) siri 5. Aktiviti ini berjaya menarik minat seramai 10 orang peserta dari sekitar Perlis. Kelas aktiviti ini diadakan untuk mengisi masa lapang dan kelas kemahiran untuk memajukan diri. Aktiviti ini juga dapat mengalakkan penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti anjuran PI dan KEMAS. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mendedahkan penggunaan serta kemudahan PI kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: