E-Learning (Online Education)
2 Februari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 1 Februari 2016 bertempat di Pusat Internet Tambun Tulang telah berlangsung aktiviti bersama ahli PI iaitu Online Education Game. Aktiviti ini berjaya menarik minat seramai 11 orang peserta di sekitar Tambun Tulang. Game-based learning atau pembelajaran berasaskan permainan merupakan kaedah pembelajaran yang mampu meningkatkan motivasi dan minat para peserta. Ciri-ciri menghiburkan, menarik dan sifat engagement yang wujud dalam sesuatu permainan memberikan rangsangan pembelajaran kepada mereka. Unsur maklum balas positif dan negatif, persaingan dan refleksi yang wujud dari permainan mengukuhkan proses pembelajaran. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberi pendedahan kepada para peserta tentang penggunaan game di dalam pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: