Pop Up Card
26 April 2015 | Aktiviti TerkiniPada 25 April 2015 bertempat di Pusat Internet Tambun Tulang telah berlangsung Kelas "Pop up Card". Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pembelajaran kepada adik-adik supaya lebih kreatif dalam kehidupan seharian. Kami bersama-sama belajar membuat Kad hari Guru, Ibu dan lain-lain dalam bentuk Pop Up. Aktiviti ini telah berjaya mengumpulkan seramai 17 orang peserta yang terdiri dari adik-adik tahun 6 SK Tambun Tulang. Aktiviti ini bukan sahaja dapat memberi pengetahuan kepada mereka tetapi dalam masa yang sama dapat mengisi masa terluang semasa cuti sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: