Powtoon
20 Mei 2015 | Aktiviti TerkiniPada 26 April 2015 bertempat di Pusat Internet Tambun Tulang telah berlangsung Kelas "Powtoon". Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pembelajaran kepada peserta untuk mempelbagaikan penggunaan aplikasi secara online.Powtoon membolehkan adik-adik ini menyediakan bahan yang lebih menarik semasa membuat pembentangan di dalam kelas. Aktiviti ini telah berjaya mengumpulkan seramai 10 orang peserta yang terdiri dari ahli-ahli PI Tambun Tulang sendiri. Aktiviti ini bukan sahaja dapat memberi pengetahuan kepada mereka tetapi dalam masa yang sama dapat mengisi masa terluang semasa cuti sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: