Kursus Sembelihan
7 Februari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 6 February 2016, bertempat di Masjid Al-Firdaus Padang Besar Selatan telah berlangsung Kursus Sembelihan. Aktiviti ini telah Berjaya menarik minat seramai 10 orang peserta dari sekitar Perlis. Kursus penyembelihan ini dimulakan dengan tayangan slide mengenai cara-cara sembelihan dengan betul. Sebanyak 20 ekor ayam dibawa untuk bahagian amali dan semua ayam disembelih mengikut panduan yang diberikan penceramah. Program ini diadakan bertujuan untuk mengimarahkan masjid dengan mengadakan aktiviti dan pertandingan yang mampu menarik minat komuniti dari pelbagai lapisan umur. Program ini juga dapat memupuk kemahiran menyembelih dalam kalangan peserta iaitu kemahiran yang berguna pada masa akan dating dan membantu peserta meningkatkan keberanian dalam diri masing-masing. Selain itu, program ini dapat membantu mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: