Kempen 10 Minit Membaca
26 April 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 25 April 2016 bertempat di Perpustakaan Desa Tambun Tulang telah berlangsung aktiviti Kempen 10 Minit Membaca. Aktiviti ini telah berjaya menarik minat 45 orang peserta di sekitar tambun tulang. Aktiviti ini dilakukan bertujuan menerapkan nilai-nilai membaca dalam diri para peserta. Aktiviti ini merupakan aktiviti santai yang sangat sesuai dilakukan bersama anak-anak di waktu lapang. Selain daripada membaca, aktiviti mewarna juga disediakan kepada kanak-kanak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: