Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Pesawah
Hampir 70 peratus sumber pendapatan utama penduduk Kampung Tambun Tulang daripada hasil padi mereka. Manakala sebanyak 25 peratus masyarakat kampung bekerja di agensi swasta dan sektor kerajaan. Manakala baki sebanyak lima peratus pula bekerja sendiri.
Majoriti penduduk menjalankan kegiatan pertanian secara kecil-kecilan. Pelbagai bantuan telah diberikan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) untuk meringankan beban penduduk kampung dan menambahkan hasil pertanian mereka. Antara bantuan-bantuan yang diberikan ialah khidmat nasihat, bekalan baja serta racun dan juga mengadakan kursus kepada para petani.
Gerai Makanan
Terdapat juga gerai-gerai menjual makanan dan buah-buahan di sepanjang perjalanan ke kampung. Mereka mencari sumber pendapatan tambahan bagi keluarga berikutan kos hidup yang semakin meningkat.
Termasuk juga didalam kategori ini segala bentuk pekerjaan (perikanan, perladangan, pertanian, kedai runcit, bengkel, hasil kraf, etc) yang di usahakan oleh penduduk setempat. Sertakan sekali no telefon dan alamat agar pengguna yang berminat boleh membuat tempahan.
Homestay
Selain itu ada diantara penduduk Tambun Tulang mengusahakan perkhidmatan Homestay. Diantaranya ialah.
1. Homestay Tambun Tulang Arau Perlis
No.1, Lorong 4,Taman Cempaka Putih.Tambun Tulang, 02600 Arau, Perlis
Hubungi :
Ridzuan - 012-4197357
Zairina - 017-4696110
2. HARRAZ HOMESTAY
Batu 4 Jalan Tambun Tulang 02600 Arau,Perlis.
SILA HUBUNGI :
HALIP (013-4838843)
ZAINAB (019-4051076)
Usahawan Batik
Puan Yasmoon dan Encik Fauzi merupakan usahawan batik dibawah kraftangan Perlis. Mereka menjalankan perniagaan di kediaman sendiri. Mengusahakan batik lukisan tangan. Banyak tempahan yang diterima dari agensi-agensi kerajaan dan juga persendirian. En.Fauzi yang berasal dari Kelantan dengan itu dapat menyerlahkan lagi kesenian hasil idea dan kreativiti beliau dalam penghasilan batik.
Nama Tempat : SENSASI BATIK ASFA
Masa Operasi : 9.00 am - 9.00pm
Lokasi : S-94, JALAN DATO AHMAD MUSA,
02700 SIMPANG EMPAT PERLIS
Owner : PN. YASMOON HAMAD MUSA & EN. FAUZI MAMAT
FB : Sensasi Batik Asfa