Taklimat KDB Bersama Anak-Anak PPK
11 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mac 2018, Pusat Internet Tambun Tulang telah mengadakan taklimat KDB(klik dengan bijak) bersama anak-anak Pusat Perlindungan Kanak-kanak Arau. Taklimat ini dianjurkan adalah bertujuan mendedahkan peserta dengan masalah global(Maklumat Palsu) yang menular di media sosial masa kini. Kelas ini dihadiri seramai 21 orang dan bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
Tujuan kelas diadakan bagi melatih para peserta untuk mencari pengetahuan am dengan menggunakan internet melalui portal-portal yang disediakan bagi tujuan pembelajaran subjek disekolah dan pendedahan penggunaan komputer asas. Kebaikannya adalah para peserta dapat mempelajari bagaimana untuk melayari sesuatu laman web sekaligus dapat membuka minda para peserta tentang penggunaan ICT serta mengetahui kebaikan dan keburukkan dalam penggunaan internet dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: