Kelas Keusahawanan Bersama Komuniti
13 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 12 Oktober 2019, pihak pengurusan Pusat Internet Tambun Tulang telah mengadakan Program Kelas Keusahawanan kepada komuniti. Program yang diadakan di Pusat Internet Tambun Tulang disertai oleh 7 orang peserta dan berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program dijalankan adalah mengenai penggunaan whatsapp dan Instagram dalam mempromosikan perniagaan. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan pusat internet kepada orang awam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: