Kelas Advokasi & E-Learning Tahun 3 & 4
20 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 19 Oktober 2019, Pusat Internet Tambun Tulang telah mengadakan kelas Advokasi & E-Learning menyusun puzzle kepada pelajar tahun 3 & 4 disini. Kelas ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan penggunaan komputer dan pengendalian atas talian dengan berkhemah kepada pelajar. Kelas ini dihadiri seramai 11 orang pelajar dan bermula dari pukul 10.30 Pagi sehingga 12.30 tengahari.
Tujuan kelas diadakan bagi melatih minda para peserta untuk menyelesaikan susun atur puzzle dalam masa yang telah ditetapkan dan mengikut kategori dari mudah hingga ke susah. Disamping memberi advokasi kepada para peserta tentang kebaikan dan keburukan menggunakan internet.
Kebaikannya adalah para peserta dapat mempelajari bagaimana untuk melayari sesuatu laman web sekaligus dapat membuka minda para peserta tentang penggunaan ICT serta mengetahui kebaikan dan keburukkan dalam penggunaan internet dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: