Kelas Photoshop Gambar Tugasan Kelas
3 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 02 September 2019, Pusat Internet Tambun Tulang telah mengadakan kelas photoshop gambar tugasan kelas kepada pelajar sekolah menengah disini. Kelas ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan cara penggunaan software adobe photoshop kepada pelajar bagi menyiapkan tugasan kelas yang diberi oleh cikgu sekolah. Kelas ini dihadiri seramai 3 orang dan bermula dari pukul 3.00 Petang sehingga 4.30 petang.
Tujuan kelas diadakan bagi melatih para peserta untuk meng’edit’ gambar, memasukkan perkataan, mengubah saiz dan warna perkataan sehingga mahir menggunakan software tersebut dan seterusnya dapat menyiapkan tugasan yang diberi oleh cikgu sekolah.
Kebaikannya adalah para peserta dapat mempelajari bagaimana untuk menggunakan software ini di masa akan datang serta dapat mendedahkan penggunaan software mengikut teknologi terkini, Di samping dapat menyiapkan tugasan yang diberi mengikut waktu yang ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: