Program Advokasi & Taklimat Kendiri Usahawan
5 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 04 April 2019, pihak pengurusan Pusat Internet Tambun Tulang bersama guru tadika Taska Permata telah mengadakan PROGRAM ADVOKASI & TAKLIMAT KENDIRI USAHAWAN. Program yang diadakan Di Pusat Internet Tambun Tulang disertai oleh 7 orang peserta dan berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program pada hari ketiga program dijalankan adalah mengenai penggunaan whatsapp dan Instagram dalam mempromosikan perniagaan. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan pusat internet kepada orang awam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: