Kelas Kkreatif DIY Sticker

17 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 November 2019, Pusat Internet Tambun Tulang telah mengadakan kelas kreatif DIY sticker kepada pelajar tahun 3 & 4 disini. Kelas ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan penggunaan komputer dalam perisian Microsoft word dan website google yang boleh digunakan untuk aktiviti membuat sendiri stiker kepada pelajar. Kelas ini dihadiri seramai 3 orang pelajar dan bermula dari pukul 10.30 Pagi sehingga 12.30 tengahari.

Tujuan kelas diadakan bagi melatih kecekapan para peserta untuk menggunakan perisian microsoft word dan website google dengan cara memuat turun gambar yang disukai dari laman web, kemudian gambar di masukkan di microsoft word supaya menjadi satu muka surat. Disamping memberi advokasi kepada para pelajar tentang kebaikan dan keburukan menggunakan internet.

Kebaikannya adalah para peserta dapat mempelajari bagaimana untuk melayari sesuatu laman web sekaligus dapat membuka minda para peserta tentang penggunaan ICT serta mengetahui kebaikan dan keburukkan dalam penggunaan internet dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali