Program Keusahawanan ICT Bersama Giat Mara Padang Besar (Kimpalan)

2 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 March 2019, pihak pengurusan Pusat Internet Tambun Tulang dan Pusat Internet Pokok Jawi telah mengadakan Program Keusahawanan ICT Giatmara Padang Besar Kursus Kimpalan. Program yang diadakan Di Pusat Internet RPA Arau disertai oleh 20 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program adalah mengenai penggunaan Facebook, Blog, whatsapp dan Instagram dalam mempromosikan perniagaan. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan pusat internet kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali