Hari Sukan Perpustakaan Desa Tambun Tulang

31 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Oktober 2019 telah berlangsung Hari Sukan Perpustakaan Desa Tambun Tulang dengan kerjasama Pusat Internet Maxis Perlis. Program ini di jalankan adalah bertujuan bagi mendekatkan lagi staf Pusat Internet dan Perpustakaan dengan komuniti setempat. Disamping itu juga program ini bertujuan bagi mengukuhkan hubungan silaturahim bersama penduduk sekitar dan juga Ahli Perpustakaan Desa.

Banyak aktiviti yang dijalankan seperti taklimat advokasi, kuiz, flash card dan pelbagai lagi. Selain itu, program ini diadakan bersempena dengan menyambut Bulan Sukan Negara yang disertai oleh penduduk setempat dimana program bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Justeru itu,PI mengambil peluang memberi pendedahan ibubapa tentang kesedaran dan tanggungjawab di media sosial mengenai kebaikan dan keburukan yangperlu diambil tahu oleh masyarakat, tambahan memberitahu tentang aktiviti terkini pihak Pusat Internet anjurkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali