Kelas Advokasi & ICT Tahun 3 & 4

7 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 06 Oktober 2019, Pusat Internet Tambun Tulang telah mengadakan kelas Advokasi & ICT kepada pelajar tahun 3 & 4 disini. Kelas ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan penggunaan komputer dan pengendalian atas talian dengan berkhemah kepada pelajar. Kelas ini dihadiri seramai 8 orang pelajar dan bermula dari pukul 10.30 Pagi sehingga 12.30 tengahari. Tujuan kelas diadakan bagi melatih kecekapan para peserta untuk menaip menggunakan perisian microsoft word dan mengetahui cara bagaimana mencari dan menyimpan gambar dari laman web google.

Disamping memberi advokasi kepada para pelajar tentang kebaikan dan keburukan menggunakan internet. Kebaikannya adalah para peserta dapat mempelajari bagaimana untuk melayari sesuatu laman web sekaligus dapat membuka minda para peserta tentang penggunaan ICT serta mengetahui kebaikan dan keburukkan dalam penggunaan internet dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali