Kelas Advokasi & ICT Kepada Pelajar Tahun 3 & 4

9 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 08 September 2019, Pusat Internet Tambun Tulang telah mengadakan kelas Advokasi & ICT kepada pelajar tahun 3 & 4 disini. Kelas ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan penggunaan komputer dan pengendalian atas talian dengan berkhemah kepada pelajar. Kelas ini dihadiri seramai 12 orang dan bermula dari pukul 10.30 Pagi sehingga 12.30 tengahari.

Tujuan kelas diadakan bagi melatih para peserta untuk mencari pengetahuan am dengan menggunakan internet melalui portal-portal yang disediakan bagi tujuan pembelajaran subjek disekolah. Kebaikannya adalah para peserta dapat mempelajari bagaimana untuk melayari sesuatu laman web sekaligus dapat membuka minda para peserta tentang penggunaan ICT serta mengetahui kebaikan dan keburukkan dalam penggunaan internet dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali