Taklimat Dan Pameran Advokasi Bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Kangar
1 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 28 Februari 2019 : Pusat Internet telah menjalankan aktiviti bersama-sama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Kangar yang bertempat di Perpustakan Awam Kangar Perlis. Tujuan aktiviti ini dijalankan bagi mempromosikan Pusat Internet dan juga mewujudkan hubungan antara masyarakat. Program Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Ia bertujuan untuk:- Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet). Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Dengan adanya aktiviti seperti ini, hubungan baik dengan masyarakat dapat dikekalkan dan mudah bagi pertugas Pusat Internet untuk mengadakan aktiviti-aktiviti selanjutnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: