Kelas Mic Word Tahun 6

7 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 januari 2019, Pusat Internet 1Malaysia Tambun Tulang telah mengadakan kelas Mic Word kepada pelajar tahun 6 disini. Kelas ini dianjurkan adalah bertujuan mengajar dan memberi latihan kepada peserta agar lebih mahir dalam penggunaan I.C.T sekaligus meningkatkan lagi kemahiran mereka. Kelas ini dihadiri seramai 10 orang dan bermula dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Tujuan kelas diadakan bagi melatih para peserta untuk mencari pengetahuan am dengan menggunakan internet melalui portal-portal yang disediakan bagi tujuan pembelajaran subjek disekolah. Kebaikannya adalah para peserta dapat mempelajari bagaimana untuk melayari sesuatu laman web sekaligus dapat membuka minda para peserta tentang penggunaan ICT serta mengetahui kebaikan dan keburukkan dalam penggunaan internet dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali