Kelas Website Dan Microsoft Word
14 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 13 Januari 2019, Pusat Internet Tambun Tulang telah mengadakan latihan kepada komuniti yang hadir ke sini. Latihan yang diberikan ialah mengenai cara penggunaan internet untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam iaitu dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Kelas tersebut telah disertai seramai 8 orang peserta.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan kepada komuniti setempat khususnya dalam menggunakan internet secara betul terutamanya dalam mencari maklumat. Antara latihan yang diberikan ialah bagaimana mencari maklumat melalui laman sesawang atau website dan kemudiannya menyimpan maklumat tersebut ke dalam bentuk dokumen iaitu microsoft word. Dengan adanya kelas atau latihan ini, ia akan menjadikan komuniti setempat lebih celik IT yang mana mereka mampu untuk bersaing dengan komuniti bandar. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan kunjugan komuniti ke pusat internet ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: