Kelas ICT (Microsoft Paint) Tahun 3 & 4

11 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 November 2019, Pusat Internet Tambun Tulang telah mengadakan kelas ICT Microsoft Paint kepada pelajar tahun 3 & 4 disini. Kelas ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan penggunaan komputer dan perisian Microsoft Paint yang boleh digunakan untuk aktiviti melukis kepada pelajar. Kelas ini dihadiri seramai 5 orang pelajar dan bermula dari pukul 10.30 Pagi sehingga 12.30 tengahari.

Tujuan kelas diadakan bagi melatih kecekapan para peserta untuk melukis menggunakan perisian microsoft paint dan mengenal pasti rupa bentuk dan warna dari perisian mengikut kreativiti para pelajar. Disamping memberi advokasi kepada para pelajar tentang kebaikan dan keburukan menggunakan internet. Kebaikannya adalah para peserta dapat mempelajari bagaimana untuk melayari sesuatu laman web sekaligus dapat membuka minda para peserta tentang penggunaan ICT serta mengetahui kebaikan dan keburukkan dalam penggunaan internet dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali