Taklimat Penutupan Siaran Analog @Myfreeview

24 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Ogos 2019, pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia(SKMM) bersama pengurusan Pusat Internet Perlis telah mengadakan taklimat bersama komuniti berkenaan penutupan siaran tv analog @ MYFREEVIEW. Taklimat yang diadakan Di Perpustakaan Awam Kangar, Perlis disertai oleh 59 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan pengguna media social dan ICT yang semakin membangun supaya tidak disalahgunakan. Pendedahan ini penting kepada ibu bapa bg memantau anak-anak dalam melayari website atau media social. Kebaikan dan keburukan juga perlu diketahuan. Pendedahan ini bermanfaat untuk melahirkan individu yang berkhemah. Pendedahan MYTV Freeview adalah untuk menyatakan program kerajaan yang ingin menamatkan analog TV dan bertukar kepada Digital TV.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali