Penerangan Bersama Pegawai Kemas Berkaitan Personal Data Protection Act 2010(PDPA)
22 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 21 November 2019 jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari telah berlangsungnya Program Kesedaran Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) di pejabat kemas parlimen Arau Simpang Empat khusus untuk pegawai Kemas. Program ini dijalankan berkonsepkan perbincangan dan kesedaran bagi menyedari tentang kepentingan dan hak-hak yang perlu seseorang tahu sebelum atau selepas berkongsi data peribadi kepada pihak yang tertentu.
Program ini bertujuan menyedarkan orang awam dan usahawan IKS tempatan yang terlibat secara langsung dengan program-program di bawah Pusat Internet seluruh Malaysia tentang kepentingan mengetahui hak perlindungan data peribadi. Seramai 8 orang telah hadir dalam program ini. Program ini mengambil masa selama 3 jam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: