Program #Quranhour Bersalam Perpustakaan Desa Tambun Tulang

31 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Mei 2019 telah berlangsung Program #Quranhour dengan kerjasama Perpustakaan Desa Tambung Tulang. Program ini berlangsung di perpustakaan Desa Tambun Tulang bermula pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari. Program ini diadakan bagi meraikan Ramadhan dan menggalakkan peserta untuk mengenali Al-Quran. Terdapat beberapa aktiviti sampingan yang dijalankan oleh Pusat Internet yang diwakili oleh Pusat Internet Arau, Tambun Tulang, Kg Surau dan Batas Lintang.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali