Bengkel Kemaskini SPKPN MPKK Parlimen Arau 2019

25 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 September 2019 PI Tambun Tulang dengan kerjasama Kemas Parlimen Arau telah menganjurkan bengkel kemaskini SPKPN MPKK Parlimen Arau bagi tahun 2019. Program ini boleh membantu peserta untuk memastikan kemaskini yang dibuat adalah betul dan tepat. Program ini disertai seramai 20 orang komuniti kampung dan termasuk staff Kemas. Dimana mereka mempelajari tentang penggunaan website kerajaan untuk mengemaskini data, disamping dapat mengetahui keselamatan menggunakan internet pada masa sekarang dengan advokasi yang diberi.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan Staff PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan. Selain itu, Program ini juga dapat mewujudkan satu sikap positif berkaitan PI untuk melibatkan komuniti sebagai medium mengembangkan lagi aktiviti yang lebih berfaedah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali