HARI TERBUKA PUSAT INTERNET TAMBUN TULANG & PUSAT ANAK GENIUS NEGARA 2019

28 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai 2019 telah berlangsung Hari Terbuka Pusat Internet Tambun Tulang & Pusat Anak GENIUS Negara dengan kerjasa KRT Chempaka Puteh Tambun Tulang. Program ini di jalankan adalah bertujuan bagi mendekatkan lagi staf Pusat Internet dengan komuniti setempat. Disamping itu juga program ini bertujuan bagi mengukuhkan hubungan silaturahim bersama penduduk sekitar dan juga Ahli Jawatankuasa Setempat. Banyak aktiviti yang dijalankan seperti sukaneka kampong, Kuiz ICT kahoot , cabutan bertuah dan pelbagai lagi.

Terdapat juga aktiviti dari agensi yang dijemput seperti Bomba, PDRM, KOSPEN dan Perpustakaan Desa Perlis. Mereka telah mengadakan beberapa aktiviti seperti pemeriksaan saringan, Pendaftaran Ahli perpustakaan secara percuma serta pameran dari Bomba dan PDRM.

Selain itu,PI mengambil peluang memberi pendedahan ibubapa tentang kesedaran dan tanggungjawab di media sosial mengenai kebaikan dan keburukan yangperlu diambil tahu oleh masyarakat, tambahan memberitahu tentang aktiviti terkini pihak Pusat Internet anjurkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali