Staff Training Broadband Demand Survey
25 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 24 Disember 2019 jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari telah berlangsungnya latihan survey permintaan broadband di Pusat Internet Malaysia(PIM) Berseri khusus untuk Pengurus dan Penolong Pengurus daripada seluruh PIM Perlis. Program ini dijalankan berkonsepkan “ToT” (Training of Trainer) bagi membolehkan Pengurus dan Penolong Pengurus PIM mengetahui bagaimana cara untuk menjawab soal selidik seterusnya melaksanakan dan mencari responden di Pusat Internet masing-masing.
Program ini bertujuan melatih kumpulan sasaran terutamanya orang awam dan usahawan IKS tempatan yang terlibat secara langsung dengan program-program di bawah Pusat Internet seluruh Malaysia. Seramai 13 orang telah hadir dalam program ini. Program ini mengambil masa selama 3.5 jam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: