Kelas Usahawan Dropshipping(Facebook)
17 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 16 Oktober 2020: Pusat Internet Maxis Perlis telah mengambil bahagian untuk berkongsi ilmu mengenai Pemasaran Digital bersama para usahawan setempat. Program ini diadakan di Pusat Internet RPA Arau. Program bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta untuk menggunakan platform media sosial bagi tujuan pemasaran produk secara atas talian.
Antara modul yang di ajar sepanjang program adalah Penghasilan Facebook Page dan copywriting untuk dimuat naik ke dalam Facebook Page. Selepas program ini setiap peserta akan mempunyai Facebook Page perniagaan masing-masing. Selain itu, peserta juga dapat belajar menggunakan internet untuk mencari maklumat dan cara memasarkan produk mereka menggunakan Facebook Page dengan bimbingan staff Pusat Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: